• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Kerah 200 Anggota Kesan Murid Orang Asli Hilang

oleh Ahmad Albab
10/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengerah lebih 200 anggota dan empat helikopter bagi membantu operasi mencari dan menyelamat tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lepas.

Panglima ATM, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pihaknya dipanggil membantu operasi mengesan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di Gua Musang, Kelantan itu, yang dikendalikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1 Sept lalu.

“Kita telah mengerahkan anggota, helikopter tempur jenis Agusta dan unit anjing pengesan untuk membantu operasi mengesan tujuh murid Orang Asli yang hilang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Hello Malaysia di Bernama TV, di sini, Khamis.

Zulkifeli berkata ATM diberi tanggungjawab mengesan mangsa di kawasan yang mempunyai kemungkinan mereka berada seperti di dalam hutan.

Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara tujuh dan 11 tahun dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana didapati mandi di sungai tanpa kebenaran.

Selain ATM dan PDRM, operasi itu turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Kemajuan Orang Asli. – mStar Online

Tags: ATMOrang Asli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Sudah Telefon Wakil Orang Asli

PMX Anwar Sudah Telefon Wakil Orang Asli

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan membantu mencari penyelesaian terhadap pertikaian tanah...

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd