• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Kota Kinabalu Tahan Bot Nelayan Disyaki Bom Ikan

oleh Ahmad Albab
04/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot nelayan tempatan disyaki digunakan untuk aktiviti bom ikan di perairan Pulau Sulug, semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Kota Kinabalu Kapten Zin Azman Md Yunus berkata bot berkenaan yang sedang dalam perjalanan menghala ke Kota Kinabalu dikesan dalam keadaan bergelap dan mencurigakan.

“APMM mengejar bot berkenaan selama 15 minit sebelum menahan bot itu pada 11.40 malam, namun suspek yang berada di atas bot terbabit berjaya melarikan diri dengan terjun ke laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pemeriksaan terhadap bot terbabit mendapati pelbagai ikan anggaran seberat 200 kilogram yang dipercayai ditangkap dengan kaedah pengeboman.

“Keadaan fizikal ikan-ikan yang ditangkap dalam keadaan lembik dan abdomen ikan-ikan itu pecah,” katanya.

Beliau berkata, nilai rampasan termasuk bot dan hasil tangkapan dianggarkan bernilai RM50,000. – BERNAMA

Tags: APMMNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd