• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ancaman Pengganas: Rakyat Diminta Yakin Dengan Polis

oleh Ahmad Albab
25/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa rakyat Malaysia terutamanya peniaga-peniaga di Jalan Alor dan kawasan sekitarnya di Kuala Lumpur supaya tenang dan yakin dengan polis bagi memastikan keselamatan di jalan-jalan berkenaan.

“Saya mahu memuji polis dan (rangkaian) risikan (mereka) kerana menjalankan tugas dengan baik bagi menangani isu pengganas di negara ioni.

“Kami berharap polis akan terus meningkatkan pemantauan bagi memastikan kita bebas daripada serangan pengganas di negara ini,” katanya pada sidang media selepas Dialog Pasca Persidangan dengan Pemimpin Industri di pejabat beliau di sini, hari ini.

Liow, yang juga Menteri Pengangkutan diminta mengulas mengenai nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur semalam mengenai kemungkinan berlakunya serangan pengganas di Jalan Alor dekat Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya.

Sementara itu, Liow menggesa polis mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menggesa supaya diadakan perhimpunan di Jalan Petaling di Kuala Lumpur esok.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Jamal Md Yunus mengancam untuk mengadakan satu lagi perhimpunan di Jalan Petaling esok.

Mengenai Dialog Pasca Persidangan dengan Pemimpin Industri itu, Liow berkata sebanyak 10 resolusi yang dikemukakan pihak industri akan dibawa ke Persidangan Perwakilan Tahunan MCA akan datang.

Beliau berkata antara resolusi yang dikemukakan ialah isu kekurangan tenaga mahir tempatan dalam industri utama seperti logistik dan kesukaran mendapat pekerja asing dalam sektor komoditi. – BERNAMA

Tags: pengganas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd