• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AMK Cemas Pro-Kerajaan Menang Besar Pilihan Raya Kampus

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang cemas dengan keputusan pilihan raya kampus baru-baru ini mendakwa tiada apa yang boleh dibanggakan kerajaan dengan kemenangan besar kumpulan mahasiswa pro-kerajaan kali ini.

Setiausaha Pengelolanya, Syukri Razab mendakwa, kemenangan besar kumpulan mahasiswa pro-kerajaan itu bukan satu perkara yang boleh membuktikan mahasiswa telah cenderung kepada kerajaan.

Ironinya, parti pembangkang sebelum ini sering mewar-warkan kononnya golongan golongan mahasiswa menyokong mereka jika kumpulan pro-pembangkang yang memenangani pilihan raya kampus di universiti-universiti.

Beliau turut memberi alasan kononnya pilihan raya kampus kali ini berat sebelah kerana pelajar pro-pembangkang menghadapi pelbagai tekanan daripada pihak universiti.

“Apa yang ingin banggakan dengan kemenangan kumpulan mahasiswa pro-kerajaan apabila kumpulan yang kritikal terhadap kerajaan sentiasa dihambat dengan pelbagai kekangan dan sekatan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari inii.

Syukri dalam pada itu tidak berpuas hati kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuji kemenangan mahasiswa pro-kerajaan tersebut dengan mendakwa ia cubaan mengheret blok politik ke dalam universiti.

Walhal pemimpin pembangkang sering membawa masuk agenda politik mereka ke universiti hingga sanggup melakukan rusuhan untuk mencapai hasrat menghasut pemikiran golongan muda negara.

Najib dipetik berkata, kemenangan besar mahasiswa pro-kerajaan dalam pilihan raya kampus baru-baru ini membuktikan generasi baharu memahami perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kemenangan besar mahasiswa pro-kerajaan dalam pilihan raya kampus itu adalah pertama kali dalam sejarah pilihan raya kampus. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AMKmahasiswa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

26/07/2026
0

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi penjelasan berhubung isu tular...

Akmal Saleh Tolak Kerajaan ‘Tebuk Atap’, Saran Jadi Pembangkang Atau Bubar DUN

Akmal Perli Pekat AMK Selangor: Kerjasama Dengan DAP, PKR Juga ‘Cium Tapak Kaki’?

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang mendakwa UMNO sanggup...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd