• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AMK Beri Amaran China Akan Campur Tangan Politik Malaysia

oleh Ahmad Albab
29/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) memberi amaran kritikan Duta China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang berhubung perhimpunan kaum Melayu di ibu negara baru-baru ini menunjukkan kerajaan negaranya telah bersiap sedia untuk mencampuri urusan politik Malaysia jika keadaan memerlukan.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, kegagalan kerajaan Malaysia untuk menghalang himpunan ‘baju merah’ kaum Melayu baru-baru ini menyebabkan kuasa-kuasa asing termasuk China perlu campur tangan dalam isu politik Malaysia.

“China melalui wakilnya ke Malaysia bagaikan memberi isyarat bahawa mereka sudah bersedia menyatakan pendirian berkenaan perihal negara lain.

“Perkara itu tidak akan terjadi sekiranya kerajaan Malaysia menunjukkan kepimpinan yang baik serta berprinsip dan lebih tegas di dalam kes `baju merah’ yang bagaikan sudah tidak terkawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Nik Nazmi menggesa kerajaan Malaysia menerima sebarang kritikan yang dilemparkan oleh kuasa asing termasuk kerajaan China dalam hal politik Malaysia.

Beliau turut mengutuk pendirian Malaysia yang begitu tegar dalam prinsip ‘tidak campur tangan’ sedangkan Malaysia sering menyuarakan pandangan terhadap isu-isu luar negara seperti keganasan di Palestin dan sebagainya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AMKChina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Tolak Kerajaan ‘Tebuk Atap’, Saran Jadi Pembangkang Atau Bubar DUN

Akmal Perli Pekat AMK Selangor: Kerjasama Dengan DAP, PKR Juga ‘Cium Tapak Kaki’?

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang mendakwa UMNO sanggup...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd