Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Awek Tudung Promosi ‘Kondom...

PADA Selasa lalu, tular sebuah rakaman seorang gadis manis bertudung litup mempromosi dan...

Tiada Kemudahan, Jentera Kerajaan...

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port...

Kejohanan Dunia Dan Asia...

NILAI – Selepas kejayaan memberangsangkan di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, tumpuan jaguh berbasikal...

‘Teruja Naik Gaji’

Putrajaya : Penjawat awam menyambut baik pengumuman mengenai kenaikan kadar gaji melebihi 13...

600,000 Pesakit Katarak Perlu Pembedahan Setiap Tahun

KOTA BHARU – Kira-kira 600,000 pesakit katarak di negara ini memerlukan pembedahan pada setiap tahun, menurut Pakar Perunding Kanan Oftalmologi Hospital Selayang, Selangor, Dr. Elias Hussein.

Beliau berkata, angka yang agak tinggi berkenaan didedahkan menerusi satu kajian serta dilakukan oleh sekumpulan pakar dalam bidang berkenaan pada tahun lepas.

“Jumlah pesakit (katarak) dijangka meningkat 30 peratus menjelang tahun 2030 dan setakat ini, hospital kerajaan hanya mampu melakukan kira-kira 40,000 pembedahan pada setiap tahun berkaitan penyakit itu.

Jumlah berkenaan tidak termasuk penyakit berkaitan mata yang lain seperti glaukoma dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Simposium Oftalmologi Ke-6.

Ia bersempena Persidangan Saintifik Bersepadu Universiti Sains Malaysia (USM) – Universiti Malaya (UM) – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Kementerian Kesihatan Malaysia ke-5 di sini, pada Sabtu.

Majlis itu dirasmikan Dekan Sekolah Sains Perubatan USM, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim dan turut dihadiri Ketua Jabatan Sekolah Sains Perubatan USM, Profesor Dr. Liza Sharmimi Ahmad Tajudin.

Menurut Dr. Elias, setakat ini Malaysia hanya mampu melahirkan antara 24 hingga 30 pakar dalam bidang Oftalmologi setahun dan ia tidak mencukupi kerana bilangan pesakit yang meningkat setiap tahun.

Sementara itu, Dr. Liza Sharmimi berkata, kekurangan pakar merupakan satu cabaran bagi pengamal perubatan Oftalmologi di Malaysia memandangkan negara sedang menuju ke arah negara menua.


Malaysia sekarang mempunyai kira-kira 10 peratus jumlah warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan ia dijangka terus bertambah lagi pada setiap tahun.

“Namun, USM kini merancang untuk menambah pakar dalam bidang berkenaan dan kita akan imbangkan antara kualiti dan kuantiti pengamal perubatan yang akan dilahirkan oleh universiti ini,” katanya.

Penyakit katarak adalah kekaburan kanta di dalam mata yang menjejaskan penglihatan dan sering terjadi kepada golongan berusia 50 tahun ke atas.

Pada majlis itu, Dr. Elias turut dianugerahkan Anugerah Mohamed Noor Marahakim 2015 di atas pencapaiannya dalam bidang Oftalmologi sejak mula berkhidmat sebagai pegawai perubatan pada 1984.

Beliau malahan telah menerbitkan lebih 20 artikel dalam bidang berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori