• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

600,000 Pesakit Katarak Perlu Pembedahan Setiap Tahun

oleh Ahmad Albab
25/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kira-kira 600,000 pesakit katarak di negara ini memerlukan pembedahan pada setiap tahun, menurut Pakar Perunding Kanan Oftalmologi Hospital Selayang, Selangor, Dr. Elias Hussein.

Beliau berkata, angka yang agak tinggi berkenaan didedahkan menerusi satu kajian serta dilakukan oleh sekumpulan pakar dalam bidang berkenaan pada tahun lepas.

“Jumlah pesakit (katarak) dijangka meningkat 30 peratus menjelang tahun 2030 dan setakat ini, hospital kerajaan hanya mampu melakukan kira-kira 40,000 pembedahan pada setiap tahun berkaitan penyakit itu.

“Jumlah berkenaan tidak termasuk penyakit berkaitan mata yang lain seperti glaukoma dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Simposium Oftalmologi Ke-6.

Ia bersempena Persidangan Saintifik Bersepadu Universiti Sains Malaysia (USM) – Universiti Malaya (UM) – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Kementerian Kesihatan Malaysia ke-5 di sini, pada Sabtu.

Majlis itu dirasmikan Dekan Sekolah Sains Perubatan USM, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim dan turut dihadiri Ketua Jabatan Sekolah Sains Perubatan USM, Profesor Dr. Liza Sharmimi Ahmad Tajudin.

Menurut Dr. Elias, setakat ini Malaysia hanya mampu melahirkan antara 24 hingga 30 pakar dalam bidang Oftalmologi setahun dan ia tidak mencukupi kerana bilangan pesakit yang meningkat setiap tahun.

Sementara itu, Dr. Liza Sharmimi berkata, kekurangan pakar merupakan satu cabaran bagi pengamal perubatan Oftalmologi di Malaysia memandangkan negara sedang menuju ke arah negara menua.

“Malaysia sekarang mempunyai kira-kira 10 peratus jumlah warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan ia dijangka terus bertambah lagi pada setiap tahun.

“Namun, USM kini merancang untuk menambah pakar dalam bidang berkenaan dan kita akan imbangkan antara kualiti dan kuantiti pengamal perubatan yang akan dilahirkan oleh universiti ini,” katanya.

Penyakit katarak adalah kekaburan kanta di dalam mata yang menjejaskan penglihatan dan sering terjadi kepada golongan berusia 50 tahun ke atas.

Pada majlis itu, Dr. Elias turut dianugerahkan Anugerah Mohamed Noor Marahakim 2015 di atas pencapaiannya dalam bidang Oftalmologi sejak mula berkhidmat sebagai pegawai perubatan pada 1984.

Beliau malahan telah menerbitkan lebih 20 artikel dalam bidang berkenaan. – BERNAMA

Tags: matapesakit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Alat Cuci, Kering Rambut Guna Topi Keledar

Next Post

Hubungan Melaka-Guangdong Buka Peluang Pelabur 2 Negara

Related Posts

Polis Tingkatkan Kawalan Di Pejabat Kedutaan AS

Ambulans Terbalik, Empat Termasuk Dua Pesakit Cedera

20/10/2023
0

SEREMBAN: Sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit terbalik menyebabkan empat individu cedera selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis...

Pelajar Tingkatan Satu Ditahan Curah Sabun Pada Mata Rakan

Pelajar Tingkatan Satu Ditahan Curah Sabun Pada Mata Rakan

08/06/2023
0

GERIK: Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun bagi membantu siasatan kes mencurahkan sabun pada mata rakan sama tingkatan...

Next Post

Hubungan Melaka-Guangdong Buka Peluang Pelabur 2 Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd