• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Kapal Perang China Dikesan Ke Laut Bering – Pentagon

oleh Ahmad Albab
03/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan kehadiran lima kapal tentera laut China di Laut Bering, antara Russia dan Alaska, wilayah yang sedang dilawati Presiden Barack Obama.

Dipercayai ini adalah kali pertama kapal perang China dikesan di kawasan itu, sekali gus menjadi petunjuk pengukuhan kehadiran sejagat China, jauh daripada wilayahnya.

“Kami hormati hak setiap negara untuk mengendalikan kapal tentera di perairan antarabangsa sejajar undang-undang antarabangsa.

Kami tahu mengenai lima kapal tentera laut China di Laut Bering,” kata jurucakap Pentagon, Komander Bill Urban, mengesahkan laporan Wall Street Journal.

“Inilah kali pertama kami kesan kapal tentera laut China di Laut Bering,” katanya.

Kapal perang berkenaan berada di perairan antarabangsa berhampiran Aleutians, kawasan kepulauan antara tanah besar Alaska.

Kumpulan kapal berkenaan merangkumi tiga kapal perang, sebuah kapal perintah amfibia dan kapal bekalan.

China menjadi pemerhati tetap Majlis Artik pada 2013 dan semakin menunjukkan minat terhadap rizab tenaga di wilayah itu.

Ahli lain majlis itu ialah Kanada, Denmark, Finland, Iceland, Norway, Russia, Sweden dan Amerika Syarikat. – AFP/BH ONLINE

Tags: Amerika SyarikatChina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd