• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

22 Kematian Akibat Denggi Di Perak – Exco

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebanyak 22 kematian akibat denggi dicatatkan di Perak bagi tempoh Januari hingga 5 Sept lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon.

“Jumlah kematian itu mencatatkan peningkatan ketara berbanding lapan kes sahaja yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Beliau berkata fokus kini diberikan terhadap kawasan Anjung Tawas Damai dalam usaha mengatasi wabak denggi.

“Selepas Kampung Dato Ahmad Said Tambahan Dua di Manjoi dan Taman Cempaka tidak lagi tersenarai sebagai kawasan panas, tumpuan kini akan diberikan di Anjung Tawas kerana 43 kes dilaporkan setakat ini dan ia adalah kawasan paling lama menjadi kawasan panas penularan wabak denggi,” katanya.

Dr Mah berkata jumlah keseluruhan kes denggi di Perak meningkat 92 peratus iaitu 7,181 kes berbanding 3,741 kes bagi tempoh sama tahun lepas. – BERNAMA

Tags: demam denggiExco
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan Disekat Masuk Wisma Negeri

MB, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan Disekat Masuk Wisma Negeri

24/09/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) tidak dibenarkan memasuki pejabat masing-masing di Wisma Negeri...

Kerajaan Negeri Sembilan Perkenal MANES, RM532,704 Bantuan Kebajikan Disalurkan

Kerajaan Negeri Sembilan Perkenal MANES, RM532,704 Bantuan Kebajikan Disalurkan

14/09/2026
0

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan Masyarakat Negeri Sembilan (MANES) sebagai pendekatan baharu bagi mendekati, mendengar, membantu serta memperkasa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd