• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

19 Rumah Kedai Terbakar Di Jerantut Awal Pagi Tadi

oleh Ahmad Albab
25/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sembilan belas rumah kedai di Pekan Damak, Jerantut dekat sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi, melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM2.3 juta.

Pemangku Ketua Balai Bomba Jerantut, Pegawai Bomba Kanan II, Osman Malek berkata bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku kerana semua 28 penghuni premis itu berjaya menyelamatkan diri semasa api mulai marak pada 3.10 pagi.

“Berdasarkan maklumat saksi, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian atas kedai, yang terletak di bahagian tengah deretan bangunan yang disewakan sebagai asrama pekerja asing, sebelum merebak ke kiri dan kanan,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Antara premis yang terbabit dalam kebakaran itu ialah restoran, bengkel motosikal, kedai runcit, pasar raya mini dan kedai telefon bimbit, tambahnya.

Osman berkata 13 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut dan sebuah dari Jengka, dengan dibantu lapan bomba sukarelawan Damak, berjaya mengawal api dalam tempoh 40 minit.

“Api dipadamkan sepenuhnya pada 8.30 pagi ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd