• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita PAS Sokong Adakan Kongres Rakyat

oleh Ahmad Albab
13/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengalu-alukan penganjuran Kongres Rakyat berbanding perhimpunan mengulingkan kerajaan secara besar-besaran oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pada 29 Ogos ini.

Ketua Penerangannya, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, wanita PAS menyokong kongres yang dicadangkan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tersebut.

“DMPM mengalu-alukan cadangan Presiden PAS untuk mengadakan Kongres Rakyat sebagai platform untuk menyatakan sokongan dan pembelaan kepada rakyat.

“Semua wanita tidak kira sama ada berada di persada politik atau bukan politik serta badan bukan kerajaan untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian kerana isu yang berlaku bukan politik semata-mata sebaliknya isu rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini menegaskan, PAS tidak akan menggerakkan ahlinya menyertai perhimpunan besar-besaran Bersih 4 yang disertai DAP dan PKR bagi menggulingkan kerajaan serta membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS sebaliknya akan menganjurkan sebuah Kongres Rakyat dalam tempoh terdekat bagi meneruskan agenda parti itu.

Kata Tuan Ibrahim, keputusan PAS berhubung perhimpunan Bersih 4 itu kerana tidak bersetuju dengan sebarang usaha yang bertentangan dengan undang-undang bagi mencetuskan kegawatan dalam negara. – mynewshub.cc

 

https://www.youtube.com/watch?v=3pztkzNdEFM

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd