• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wabak Kepialu Landa Kem Pelarian Palestin Di Syria – PBB

oleh Ahmad Albab
19/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata, terdapat wabak demam kepialu dalam kalangan orang awam yang keluar dari kem pelarian Palestin di pinggir ibu negara Syria, dengan enam kes disahkan setakat ini.

Jurucakap UNRWA, Christopher Gunness, berkata kakitangannya memperoleh akses untuk memasuki Yalda, di timur kem pelarian Yarmouk yang menempatkan pelarian Palestin dan orang awam Syria pada pertama kali 8 Jun lalu dan membuka pusat rawatan bergerak.

UNRWA berkata, kakitangan perubatan melakukan rawatan 211 kes, termasuk enam orang disahkan menghidap kepialu.

Laporan itu juga menyebut selain di Yarmouk dan Yalda, dua lagi kawasan berpotensi wabak adalah Babila dan Beit Sahem.

UNRWA berkata, pihaknya halangan yang didapati pasukan perubatan ialah bantuan bekalan perubatan yang terhad termasuk air bersih, sistem kumbahan dan makanan yang berkhasiat untuk komuniti pelarian.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi UNRWA, Pierre Krahenbuhl, pada Jun sebelum perang Syria meletus pada 2011, terdapat 160,000 rakyat Palestin di kem pelarian Yarmouk.

Sebelum kumpulan Negara Islam (IS) mengusai kem berkenaan pada awal April lalu, terdapat lebih 18,000 pelarian namun ribuan sudah meninggalkan kem itu dengan PBB tidak lagi dapat memasukinya.

“Tumpuan UNRWA sekarang ialah mengagihkan bantuan kemanusiaan kepada orang awam termasuk di Yarmouk,” kata Gunness. – AP/BH ONLINE

Tags: PBBSyria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd