VIDEO yang memaparkan seorang penghibur jalanan memberi ‘nasihat’ secara sinis kepada ibu bapa yang tidak tahu menjaga serta mengawal anak mereka ini telah viral di laman sosial.
Berang dengan tindakan seorang budak kecil yang mengganggunya membuat persembahan di jalanan, lelaki terbabit tanpa rasa ragu menghamburkan komen ‘makan dalam’ di hadapan orang ramai kepada ibu bapa budak itu.
Jika dilihat semula, sesetengah ibu bapa yang kadang-kadang langsung tidak mempedulikan apa dilakukan anak-anak mereka memang berhak ditegur.
Tindakan budak lelaki tersebut menggoyangkan kedudukan penghibur jalanan itu yang sedang mengimbangkan dirinya di atas papan yang berada atas bola dan kerusi itu sememangnya tidak patut.
Menerusi video tersebut, lelaki itu telah memaksa budak tersebut meminta maaf dan memberi kata-kata sinis kepada ibu bapanya.  – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Syfq

