Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

PRN Johor: Alwiyah Pertahan...

JOHOR BAHRU - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib yang...

Ibu Muda Antara 21...

KUANTAN - Seorang ibu tunggal antara 21 individu yang ditahan ketika sedang khayal...

1,500 Orang Asli Dapat...

GUA MUSANG - Seramai 1,500 Orang Asli berjaya mendapatkan lesen motosikal kelas B2...

Presiden Perancis Arah Pertemuan...

PRESIDEN Perancis Emmanuel Macron mengarahkan Perdana Menteri Edouard Philippe bertemu ketua-ketua parti politik...

VIDEO: Ngeri.. Penunggang Motosikal Terpelanting Ke Udara

UMPAMA diberi nyawa kali kedua.

Seorang penunggang motosikal berhadapan dengan detik paling mencemaskan apabila terpelanting ke udara selepas secara tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta Honda berwarna putih di Jalan Jurong Town Hall, Singapura.

Anehnya, lelaki berusia 29 tahun itu mampu berdiri kembali sebelum duduk di tepi jalan.

Dia yang terkejut dan seolah bingung dengan insiden tersebut kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Video kemalangan itu kini tersebar dan menjadi viral di laman sosial.

https://www.youtube.com/watch?v=WjgJ_tw2fks

Menerusi rakaman tersebut, kereta Honda putih yang sedang memecut secara tiba-tiba merempuh motosikal tersebut sebelum melanggar pembahagi jalan.


Difahamkan, insiden malang yang berlaku pada 31 Julai lalu itu turut mencetuskan pelanggaran berantai yang melibatkan sebuah motosikal, van dan tiga buah kereta.

Menurut pengguna YouTube yang memuat naik video berkenaan, pemandu kereta Honda putih itu telah lari dan meninggalkan keretanya di tengah-tengah jalan raya.

Susulan itu, pihak polis sedang melakukan siasatan berhubung kemalangan ini.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori