• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tindakan Ke Atas Pegawai SPRM Disiasat Polis – Zahid

oleh
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tiada sebarang tindakan lanjut terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diambil keterangan berhubung kebocoran kertas draf pertuduhan ke atas SRC International.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan yang diambil pihak polis ketika ini hanyalah mengambil keterangan dan jika ada penahanan dilakukan, ia hanya membabitkan prosedur operasi standard (SOP) siasatan polis.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, siasatan mengenai perkara tersebut bukan hanya tertumpu kepada SPRM sahaja bahkan ia mungkin juga membabitkan pelbagai agensi lain.

“Kita tidak mahu sebarang hasil penyiasatan (dibocorkan) sebelum ada kesimpulan,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Luar Bangladesh, Abul Hassan Mahmood Ali.

“Segala-galanya telah dilakukan secara tertib mengikut SOP. Polis tidak pula menyasarkan mana-mana agensi atau pegawai secara khusus,” tegas Ahmad Zahid.

Pada Khamis, Bukit Aman turut menafikan cuma menyasarkan SPRM dan penglibatan ‘tangan ghaib’ dalam siasatan pihak polis terhadap kes kebocoran maklumat oleh pegawai suruhanjaya tersebut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, fokus pihaknya adalah berkaitan dakwaan kebocoran maklumat yang melanggar satu seksyen mengikut Akta Institusi Kewangan dan Perbankan (BAFIA).

“SPRM boleh dan akan meneruskan siasatan mereka. Kami tidak ganggu siasatan yang mereka jalankan,” katanya selepas menerima lawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Masir Anak Kujat.

Noor Rashid mengulas penahanan beberapa pegawai SPRM dan serbuan di pejabat suruhanjaya berkenaan sejak minggu lalu susulan ada kebocoran draf kertas pertuduhan yang menyalahi peraturan kerahsiaan di bawah BAFIA.

Beliau berkata, polis bukan sahaja menyiasat kebocoran maklumat berkaitan draf terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi juga maklumat berkaitan data perbankan yang menyalahi BAFIA.

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan mengikut fakta dan jika ia memberi petunjuk kepada Bank Negara Malaysia atau pihak bank berkaitan, pihaknya akan menyiasat pihak berkenaan juga. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: Bafiapolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd