• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Padah Rogol Warga Emas

oleh Ahmad Albab
11/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan kepada seorang lelaki kerana merogol warga emas berusia 61 tahun pada 10 Disember tahun lalu.

Muhammad Firdaus Muniandy Abdullah, 39, yang tidak diwakili peguam menerima hukuman tersebut selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Bekas pekerja bahagian kutipan sampah itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan sekitar jam 4.30 pagi di sebuah bilik sewa yang dihuni mangsa di Jalan Rasah, di sini.

Tertuduh yang tinggal di bilik sebelah mengetuk pintu bilik mangsa berkali-kali dengan kuat, sebelum bertindak memecah masuk lantas memegang tangan wanita terbabit.

Muhammad Firdaus yang hanya bertuala kemudian menolak mangsa hingga terjatuh dan turut menamparnya kerana menjerit meminta bantuan.

Tertuduh hanya beredar meninggalkan mangsa yang merupakan tukang cuci di sebuah sekolah, selepas merogolnya.

Berdasarkan aduan dibuat mangsa, polis menangkap tertuduh kira-kira jam 11 pagi di hadapan sebuah kedai di Jalan Rasah, di sini, pada tarikh sama kejadian berlaku.

Mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, hukuman diperuntukkan berbentuk penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Bagaimanapun, bapa kepada bayi berusia 10 bulan ini memohon hukuman penjara dikira dari tarikh ditangkap, selain mengharapkan jumlah sebatan paling minimum.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Ab Rashid pula meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal kerana mempertimbangkan tahap keganasan dilakukan tertuduh, termasuk usia mangsa semasa insiden itu berlaku. – Sinar Harian Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=qeftywF9yEQ&spfreload=10

Tags: kes rogolwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd