Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Misi Cari MH370 Mungkin...

SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata usaha pencarian pesawat MH370 akan...

Budak Ditangkap Polis Menari...

DUBAI - Seorang budak lelaki berusia 14 tahun ditahan polis kerana menari diiringi...

2 Timbalan Pendakwa Raya,...

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan dan 14 anggota polis ditahan bersama dua timbalan...

Berbuka Di Luar, Bukan...

KUALA LUMPUR - Ramadan tiba lagi. Mengimbau saat menyambut bulan penuh mulia ini pada...

Tahap Kualiti Udara Di Seluruh Negara Bertambah Baik

KUALA LUMPUR – Tahap kualiti udara di seluruh negara bertambah baik pagi ini apabila tiada lagi kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga pukul 11 pagi, bacaan IPU sederhana dicatat di Langkawi (77), Alor Setar dan Nilai (74), Sungai Petani (73), Seri Manjung, Perak (70), Larkin Lama (63), Muar (61), Pasir Gudang (59), Bakar Arang (74), SMK Tanjung Chat, Kota Bharu (52), Bandaraya Melaka (64), Bukit Rambai (65), Port Dickson (69), Seremban (62) dan Balok Baru, Kuantan (55).

Kualiti IPU sederhana turut direkodkan di Jerantut (68), Jalan Tasek, Ipoh (68), Kampung Air Putih, Taiping (68), Kangar (68), Perai (66), Seberang Jaya 2 (73), USM Pulau Pinang (72), Keningau, Sabah (54), Kuching Sarawak (69), Samarahan (75), Jerantut (68), Sarikei (55) dan Sri Aman (71).

Kawasan lain yang turut mencatat IPU sederhana ialah Kuala Selangor (72), Pelabuhan Kelang (86), Petaling Jaya (68), Shah Alam (76), Kuala Terengganu (60), Paka (60), Batu Muda, Kuala Lumpur (69), Cheras (62) dan Putrajaya (69).

Bacaan IPU baik pula dicatat di beberapa kawasan iaitu di Kota Tinggi, Johor (39), Tanah Merah, Kelantan (41), Tanjung Malim, Perak (43), Sandakan, Sabah (32), Tawau (40), Bintulu, Sarawak (47), Miri (47), Kapit (37), Limbang (36), Sibu (49) dan Labuan (46).


Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik; antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di http://www.doe.gov.my untuk mengetuai bacaan IPU di kawasan mereka. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori