• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Taat Setia Saya Adalah Kepada Ayahanda, Negeri Saya” – TMJ

oleh Ahmad Albab
25/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor telah memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin politik tanah air berhubung ‘nasihat’ mereka kepada Sultan yang ada didapati berbaur kepentingan peribadi.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan bahawa beliau adalah pewaris takhta Johor dan suaranya ‘suara terakhir yang akan sampai kepada telinga dan perhatian ayahandanya, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

“Taat setia saya adalah kepada ayahanda saya, Sultan saya. Keutamaan saya adalah kedaulatan dan kesejahteraan negeri dan rakyat Johor.

“Jangan sekali-kali ada yang cuba menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku demi kepentingan peribadi. Walaupun apa yang terjadi, air dicincang takkan putus.

“Apabila saya menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku, ia adalah ikhlas dari saya kerana saya tidak mempunyai kepentingan peribadi.

“Kasih sayang saya kepada ayahanda saya, Sultan saya, tiada yang boleh menggoyahkan atau menghancurkannya,” katanya menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers pada Jumaat.

Tunku Ismail berkata beliau tidak menuding jari kepada sesiapa atau cuba mengeruhkan keadaan, tetapi menegaskan pendirian bahawa beliau sentiasa teguh di belakang Sultan dan rakyat Johor.

Beliau membuat komen ini selepas ramai ahli politik telah dilihat cuba berbaik-baik dengan Sultan Johor, yang telah membawa kepada banyak spekulasi.

Pada Jumaat, Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu perwakilan pada mesyuarat tahunan UMNO Bahagian Kota Tinggi bahawa ketika beliau mengadap Sultan Ibrahim, Sultan telah mengingatkan beliau bahawa UMNO telah dilahirkan di Istana Besar Johor.

Ekoran pertemuan itu, beliau percaya pihak istana berpendapat hanya UMNO boleh menyatukan Melayu.

Bagaimanapun katanya, Sultan Ibrahim tidak menzahirkan terus perkara itu dalam bentuk kata-kata.

“Namun saya percaya sultan berpendapat hanya UMNO boleh menyatukan Melayu.

“Sultan Ibrahim mengingatkan saya bahawa UMNO dilahirkan di Istana Johor. Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor tidak mahu campur tangan dalam politik namun baginda berharap orang Melayu kekal bersatu.

“Baginda sultan berharap Melayu boleh kekal bersatu.

“Walaupun baginda tidak menyatakannya, saya yakin baginda mengharapkan UMNO untuk menyatupadukan orang Melayu,” katanya. – mStar Online

 

Tags: TMJUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Spekulasi Kerjasama BN-PAS di PRN Negeri Sembilan

Spekulasi Kerjasama BN-PAS di PRN Negeri Sembilan

15/07/2026
0

KUALA PILAH – Hantaran bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa di media sosial mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan wujud...

“Insya-Allah” – Annuar Ulas Kerjasama UMNO-PAS Di Negeri Sembilan

“Insya-Allah” – Annuar Ulas Kerjasama UMNO-PAS Di Negeri Sembilan

14/07/2026
0

KUALA LUMPUR - "Insya-Allah". Demikian jawapan ringkas Tan Sri Annuar Musa ketika ketika ditanya Mynewshub berhubung kemungkinan kerjasama UMNO dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd