• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sorok Dadah Bawah Patung Buddha

oleh AK-47
13/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANDAI-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Taktik licik tiga penjenayah yang merupakan pengedar dan penagih dadah menggunakan patung Buddha sebagai tempat penyembunyian dadah akhirnya terbongkar.

Memetik laporan China Press, ketiga-tiga mereka sebelum ini disangka penganut setia agama kerana seakan-akan kelihatan membuka tokong dalam rumah kediaman mereka yang terletak di Segamat, Johor.

Bagaimanapun, pihak polis yang mensyaki sesuatu yang aneh mengenai kemunculan lebih seratus patung itu dalam rumah tersebut bertindak melakukan serbuan pada pukul 10 malam, 9 Ogos lalu.

Hasil pemeriksaan, polis berjaya menemui pelbagai jenis dadah yang disorokkan dalam bahagian patung-patung tersebut.

Ketua Polis Daerah Segamat, Mohd. Kamil Sukarmi berkata, dalam serbuan tersebut, polis berjaya menemukan 260 biji pil Amphetamin, 13 biji pil khayal, 14.3 gram syabu dan 25.7 gram ketamin dengan kesemuanya bernilai RM13,000.

Susulan itu, pihak polis berjaya menahan tiga suspek berumur antara 30 hinga 40 tahun.

Seorang suspek mempunyai rekod jenayah dan baru dibebaskan dari penjara kurang setahun lalu.

– MYNEWSHUB.CC

 

Oleh: CARRIE

Sumber: China Press

https://www.youtube.com/watch?v=ed_YRXB832U

Tags: Buddhapatung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

30/05/2026
0

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa garis panduan larangan bagi rumah ibadat selain Islam di kawasan komersial di...

Bapa Muslim, Ibu Buddha, Wanita Diisytihar Bukan Muslim

05/02/2021
0

PUTRAJAYA - Seorang wanita yang dilahirkan luar nikah, berbapakan seorang Muslim dan ibu penganut agama Buddha, berjaya dalam rayuannya di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd