Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Membina Jenama Muslim: Apa...

15 OGOS lalu, TV AlHijrah melancarkan pakej iklan sensasi dengan nilai RM5 ribu...

Pensyarah UM Didakwa Sebut...

KUALA LUMPUR - Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom...

5,419 Kes Baharu COVID-19...

PUTRAJAYA - Sebanyak 5,419 kes baharu kes COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah...

PDRM Tingkat Penguatkuasaan Di...

KUALA NERUS - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus meningkatkan penguatkuasaan peraturan lalu...

Skuad Keadilan Ganti Unit Amal PAS!

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mewujudkan Skuad Keadilan bersempena perhimpunan bagi melumpuhkan kerajaan pada 29 dan 30 Ogos ini.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, skuad itu bertujuan membantu dan mengawal orang ramai yang menghadiri perhimpunan berkenaan.

“Kami akan bersama-sama memastikan perhimpunan berjalan lancar.

“Kekuatan kami 700 orang dengan tujuan ‘crowd control’ dan pemudah cara himpunan,” katanya dalam laman Facebook rasmi beliau hari ini.


Kewujudan Skuad Keadilan itu dipercayai bagi menggantikan Unit Amal PAS yang tidak akan menyertai perhimpunan itu.

Ia berikutan penegasan pimpinan PAS bahawa parti itu tidak akan menyertai perhimpunan tersebut kerana enggan menggunakan saluran `jalanan’ bagi menjatuhkan kerajaan.

Unit Amal PAS adalah kumpulan yang dipertugaskan untuk memantau dan mengawal orang ramai dalam perhimpunan anjuran pembangkang terutama PAS. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori