Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

Polis Sabar Diserang Wanita...

JAKARTA - 'Sabar itu istana iman'. Berkat kesabarannya, seorang anggota polis, Aiptu Sutisna,...

Bekas Penari Balet Mandi...

ANASTASIA Volochkova adalah bekas penari balet di Rusia. Malangnya dia telah digugurkan daripada...

Khalid Boleh Jadi MB...

KUALA LUMPUR - "Amat hairan bagaimana beliau menyangka boleh memegang semula jawatan Menteri...

Guna HP Ketika Memandu,...

VIRAL menerusi laman sosial yang memaparkan beberapa keping foto seorang anggota Jabatan Pengangkutan...

SKMM Sekat Laman Sesawang Sebar Maklumat Bersih 4

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat mana-mana laman sesawang yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan haram Bersih 4.

Ini kerana, perbuatan itu boleh mengganggu-gugat kestabilan negara, menurut SKMM dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut SKMM lagi langkah menyekat laman sesawang itu juga lanjutan daripada kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung Bersih 4 baru-baru ini.

KDN menyatakan perhimpunan Bersih 4 didapati bergiat secara tidak sah dan mencetuskan kegelisahan serta membangkitkan kebimbangan orang ramai khususnya rakyat pelbagai kaum, agama dan keturunan di negara ini.

“Bersih 4 juga didapati menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan,” menurut SKMM.

SKMM menjelaskan pelbagai kegiatan Bersih 4 juga memberi kesan buruk kepada imej negara.


“Bahkan, Bersih 4 boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi serta kedaulatan negara selain menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia,” menurut kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, SKMM mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman-laman sesawang dan media sosial terutama kandungan yang boleh menyalahi mana-mana undang-undang.

Suruhanjaya itu juga meminta orang ramai membuat aduan kepadanya jika mempunyai maklumat mengenai laman sesawang dan media sosial yang menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori