• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafie Apdal Kekal Rasmi Mesyuarat UMNO Bentong 22 Ogos Ini

oleh Ahmad Albab
05/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kekal merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bentong yang dijadualkan pada 22 Ogos ini.

Ketua UMNO Bahagian Bentong Datuk Seri Adnan Yaakob mengesahkan jemputan kepada Mohd Shafie untuk merasmikan persidangan di Dewan Majlis Perbandaran Bentong itu masih berjalan dan tidak dibatal.

“Beliau masih lagi naib presiden. Tidak elok… Budaya Melayu UMNO ada budi bahasa. Tidak ada salahnya menjemput. Beliau tahu apa yang beliau patut cakap,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Adnan yang juga Menteri Besar Pahang menambah, sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekalipun pasti tidak mempunyai halangan terhadap mana-mana bahagian daripada menjemput Mohd Shafie.

Sementara itu, kedudukan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Lipis dan Cameron Highlands pada 15 Ogos masih menjadi tanda tanya.

Ketua UMNO Bahagian Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamed masih belum memberikan kata putus berhubung perkara itu manakala Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands Datuk Wan Rosdy Wan Ismail pula enggan mengulas lanjut.

Ketua UMNO Bahagian Raub Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin juga enggan mengulas mengenai pengganti bekas timbalan perdana menteri itu bagi merasmikan mesyuarat bahagian tersebut pada 15 Ogos ini selepas mereka membatalkan jemputan kepada Muhyiddin.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata tindakan mana-mana bahagian untuk menjemput tokoh bagi merasmikan persidangan perwakilan adalah hak mereka dengan mengambil kira “apa yang terbaik untuk mereka dan parti secara keseluruhannya”. – BERNAMA

 

Tags: Adnan YaakobShafie Apdal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd