• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Anak Kapal MT Joaquim Dirawat Di Hospital Melaka

oleh Ahmad Albab
09/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang anak kapal MT Joaquim kini sedang dirawat di Hospital Melaka kerana mengalami kecederaan ringan, kata Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan Melaka Datuk Ab Rahaman Ab Karim.

Beliau berkata hasil pemeriksaan awal oleh doktor terhadap Lim Puay Huang, 39, seorang warga Singapura mendapati mangsa tidak mengalami kecederaan serius.

“Mangsa tiba di Hospital Melaka sekitar pukul 12.30 tengah hari tadi dan kita telah memberikan rawatan segera kepada mangsa yang bekerja sebagai pegawai
kargo di atas kapal tersebut.

“Selain luka ringan, mangsa juga ada mengadu sakit di bahagian kepala dan doktor sedang menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas mangsa bagi mengesan
kecederaan lain sekiranya ada,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kapal MT Joaquim dengan muatan 3,500 metrik tan minyak mentah ‘marine gas oil’ bernilai kira-kira RM2.8 juta yang dilaporkan hilang Sabtu lepas, ditemui semula di kedudukan 14 batu nautika timur Pulau Rupat, Indonesia hari ini dengan 10 anak kapalnya telah dilepaskan manakala kargonya didapati hilang.

Ab Rahaman berkata selain rawatan fizikal, pihak Hospital Melaka juga akan memberikan rawatan dari segi mental kepada mangsa yang trauma akibat kejadian tersebut.

Beliau turut memberikan pujian kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta semua pihak berkuasa terlibat kerana telah menghantar mangsa dengan pantas ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan dengan cepat. – BERNAMA

Tags: Kapal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

04/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd