• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Tak Perlu Buat Majlis Sambutan Besar-Besaran

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Pengurusan sekolah tidak perlu membuat majlis sambutan besar-besaran bersempena lawatan menteri ataupun pegawai tinggi kementerian, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata memadai mengadakan majlis sambutan secara sederhana dan tidak melibatkan kos yang tinggi dan persediaan yang banyak sehingga menyebabkan pihak sekolah berasa tertekan dengan lawatan itu.

“Sesuai dengan peredaran (masa)…kami tak mahu bebankan sekolah kerana lawatan (menteri atau pegawai tinggi kementerian). Buat ala kadar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan ke-21 dan Persidangan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke-33 di sini, Selasa.

Katanya arahan berkenaan perkara itu sudahpun dikeluarkan dan pekeliling umum yang berkenaan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Mahdzir berkata arahan itu mungkin akan diperluaskan untuk meliputi acara lain yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan.

Katanya arahan ini selari dengan hasratnya untuk melihat sektor pendidikan di negara ini menggambarkan kegembiraan, keterbukaan dan kebajikan.

“Kita di landasan untuk membina sebuah negara bangsa. Kita sudah ada pelan, kita sudah ada dasar cuma kaedah itu sahaja yang kita ubah suai,” katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata kementerian telah menubuhkan satu pasukan untuk mengkaji tahap tekanan yang dihadapi guru yang dibebani tugas di luar tugas hakiki.

Menurutnya, pasukan itu yang dianggotai pegawai tinggi kementerian akan turut mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk majlis guru dan kesatuan sekerja. – BERNAMA

 

Tags: Mahdzir KhalidSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

08/08/2026
0

NIBONG TEBAL - Kerajaan mengambil langkah bijak dan pendekatan di luar kotak bagi mengurangkan beban golongan ibu bapa dengan menyediakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd