• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebuah Lapangan Terbang Akan Dibina Di Perlis – Azlan Man

oleh Ahmad Albab
18/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Sebuah lapangan terbang akan dibina di negeri ini sebagai satu daripada pemangkin utama bagi melonjakkan pembangunan negeri, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Lapangan terbang berkenaan akan dibina di kawasan pertumbuhan baharu Chuping sejajar dengan usaha kerajaan negeri menjadikannya sebagai kawasan hab pembangunan, katanya dalam ucapan pada Perhimpunan Bulanan untuk kakitangan perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan di Dewan 2020 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Kerajaan Negeri Romli Dai yang turut melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Perhimpunan yang dihoskan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Pauh itu turut dihadiri para Exco Kerajaan Negeri, anggota-anggota Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, para pengetua dan guru besar serta pemimpin masyarakat.

Tanpa menyatakan kos dan keluasan kawasan lapangan terbang yang akan dibina itu, Menteri Besar berkata lapangan terbang berkenaan adalah untuk pendaratan kapal terbang penumpang bersaiz kecil bagi memudahkan kedatangan para pelabur dari dalam dan luar negara.

Katanya, pembinaan lapangan terbang berkenaan serentak dengan pembinaan kemudahan-kemudahan infrastruktur lain seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan tapak perindustrian berasaskan industri hijau.

Beliau berharap dengan adanya lapangan terbang tersebut, ia akan membantu membangunkan Perlis menjadi sebuah negeri maju.

Dalam pada itu, beliau amat mengharapkan sokongan dan kerjasama semua kakitangan perkhidmatan awam di negeri ini agar hasrat itu benar-benar menjadi kenyataan.

Pada majlis itu, Romli yang mewakili Azlan menyampaikan Jalur Gemilang kepada wakil jabatan-jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, badan berkanun, pihak swasta dan wakil-wakil kaum g terdapat di negeri ini. – BERNAMA

Tags: Azlan ManPerlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd