• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Tidak Berminat Bertelagah Dengan Rakan Parti Komponen

oleh Ahmad Albab
15/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – “Saya tidak berminat untuk bertelagah dengan rakan-rakan (parti) komponen (Barisan Nasional) … cukuplah masing-masing buat kerja sendiri, jaga kepentingan masing-masing,” kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menyifatkan tindakan MCA yang berterusan mengkritik kenyataannya berhubung usaha membantu kaum Melayu dan Bumiputera serta Mara (Majlis Amanah Rakyat), sebagai tidak bagus untuk suasana politik hari ini.

Katanya sebagai anggota dalam parti komponen mereka seharusnya bersama-sama dan sekiranya tidak berpuas hati, perkara berkenaan boleh dibawa berbincang dalam Kabinet.

“Kita ini komponen, jangan hal rumah tangga kita nak bawa keluar …jadi kita selesai dalam rumahlah … kepada komponen tak payahlah kita serang satu sama lain …ia tidak baik,” katanya ketika mengulas kenyataan Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Jason Teoh Sew Hock yang menyifatkan kenyataan beliau berhubung sekolah Cina sebagai tidak masuk akal.

Ismail Sabri berkata demikian dalam sidang media selepas majlis ramah mesra bersama pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan seluruh Pulau Pinang serta agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, di sini hari ini.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata beliau sengaja membangkitkan isu Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon yang bercakap tentang sekolah Cina dan itu sememangnya tujuan beliau supaya pihak yang berkenaan mengatakan kenyataan itu sebagai tidak masuk akal.

“Saya memang tunggu … memang itu tujuan saya supaya dia kata kenyataan saya itu karut. Supaya dia juga faham kenyataan dia kepada saya yang dikatakan rasis kerana Mara untuk membangunkan usahawan Melayu supaya dia tahu itu juga karut … sama sahaja.

“Dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan untuk jaga sekolah Cina, tentulah dia bercakap mengenai sekolah Cina. Tapi dia juga kena faham saya dilantik sebagai menteri untuk menjaga Mara yang diwujudkan membantu, membela membangunkan usahawan Melayu dan Bumiputera. Kalau dia kata saya rasis dia karut juga,” katanya.

Beliau berkata jika mereka masih lagi tidak memahami tujuan penubuhan Mara dan berterusan mengkritiknya, ia menunjukkan mereka mempunyai niat yang tidak baik untuk menggagalkan objektif penubuhan Mara.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata beliau terkejut dengan tindakan dua pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang membuat laporan polis mengenai kenyataannya berhubung cadangan pembinaan kompleks seperti Plaza Low Yat di ibu negara dibina khusus untuk orang Melayu berniaga.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai perkara baharu kerana tindakannya memperjuangkan usahawan Melayu dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.

“Itu perkara baharu bagi saya … maka sekarang ini tak boleh sebut Melayu, tak boleh sebut nak membangunkan usahawan Melayu sebab kalau sebut saja ada orang yang akan buat laporan polis,” katanya.

Ditanya sama ada polis ada mengambil keterangan daripadanya, Ismail Sabri berkata beliau percaya polis akan menilai sesuatu kes terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. – BERNAMA

 

Tags: BNIsmail Sabri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri BN Paling Perform Dalam Kerajaan Perpaduan

Menteri BN Paling Perform Dalam Kerajaan Perpaduan

13/04/2026
0

TERFIKIR sesuatu bila melihat keadaan negara sekarang. Tapi kena tanggalkan ‘kaca mata politik’ dulu, barulah nampak jelas siapa buat kerja,...

PM Anwar Dinasihat Kurangkan Kemunculan

PM Anwar Dinasihat Kurangkan Kemunculan

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin muda Barisan Nasional (BN) mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kurangkan membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd