• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Berani Mati Untuk Najib” – Ikrar Ketua UMNO Kepong

oleh Ahmad Albab
25/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERUS setia bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua UMNO bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid menegaskan bahawa beliau akan terus berjuang sehingga ke nafas terakhir.

Ujarnya dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kepong hari ini, Najib yang juga Presiden parti telah melakukan banyak sumbangan terutamanya pembaharuan yang diperkenalkan lebih baik berbanding PM terdahulu.

Memetik kenyataan Rizuan menerusi laporan Astro Awani, “Gagasan 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bantuan persekolahan, Klinik 1Malaysia, pelbagai jenama 1Malaysia… semuanya untuk bantu orang miskin tidak kira di kampung atau bandar.”

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Menyampaikan Sumbangan Sempena Program Nur Ramadan Kepada 300 Gelandangan Sekitar Ibu Kota.

Katanya lanjut, Ahli UMNO Kepong harus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Najib selaku pemimpin tertinggi negara dan parti.

“Saya berani mati untuk Najib. Jangan sentuh Najib. Kalau mahu mati, mahu mati bersama Najib. Itu ikrar kami (ahli UMNO bahagian Kepong). Mati dalam politik adalah lebih baik daripada mati katak.”

Dalam pada itu, menerusi platform sama, Rizuan turut mengkritik tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertindak menjelajah ke seluruh negara memburuk-burukkan isu dana derma RM2.6 bilion.

“Muhyiddin, bekas timbalan perdana menteri yang dipecat. Sudahlah dipecat, sering berkata tidak munasabah.

“Mereka ini makin dipecat makin garang, pergi ke merata bahagian dan persoalkan isu RM2.6 bilion,” katanya memetik sumber The Malaysian Insider. – MYNEWSHUB.CC

Dana Untuk Parti, Bukan Diri Sendiri – Najib Tun Razak

Tags: 1MDBNajib Tun RazakPerdana MenteriUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

PMX Dijemput Lawat 21,412 Unit Rumah Mampu Milik Johor, Harga Serendah RM42,000

PMX Dijemput Lawat 21,412 Unit Rumah Mampu Milik Johor, Harga Serendah RM42,000

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, menjemput Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd