• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salleh Arah MCMC Bertemu Penyedia Facebook, Google, Twitter

oleh Ahmad Albab
17/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya segera bertemu dengan penyedia platform media sosial Facebook (FB), Google dan Twitter  bagi mendapatkan kerjasama mereka dalam mengekang penyebaran maklumat palsu dan khabar angin di Malaysia.

Salleh berkata sungguhpun mereka memberi kerjasama dengan pelbagai pihak berkuasa Malaysia dalam usaha itu, namun tahap kerjasama itu perlu dipertingkatkan lagi.

“Terdapat undang-undang di Malaysia yang mentadbir penyebaran maklumat palsu dan belum disahkan, dan adalah salah di sisi undang-undang jika maklumat itu dimuat naik dan disebarkan kepada umum.

“Pada masa ini, meskipun pihak berkuasa boleh menyekat akses atau menghalang aplikasi seperti itu, mereka tidak akan berbuat demikian memandangkan majoriti pengguna media sosial menggunakan aplikasi berkenaan secara positif dan bukan bagi tujuan negatif atau untuk mencela,” katanya menerusi catatan terkini blog beliau.

Salleh bagaimanapun mengingatkan oang ramai bahawa ini tidak bermakna mereka boleh memuatkan maklumat tidak disahkan tanpa menghormati atau mematuhi undang-undang.

Beliau berkata isu maklumat palsu baru-baru ini mendapat tumpuan dalam media, terutamanya portal berita dalam talian.

Justeru, Salleh menggesa orang ramai memahami bahawa persekitaran dalam talian bukanlah suatu ruang tanpa undang-undang dan tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang didapati melanggar undang-undang, tidak terkecuali di ruang dalam talian.

Beliau berkata penerbitan atau memuat naik maklumat sensitif atau belum disahkan mungkin boleh mencetuskan keadaan tidak diingini yang menjejaskan keselamatan awam.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, menjadi suatu kewajipan untuk melindungi warga negara ini daripada bahaya, termasuk ancaman yang dibawa menerusi bahan yang dimuatkan dalam media sosial dan internet.

“Oleh itu, kerjasama lebih rapat daripada penyedia media sosial adalah mustahak demi kepentingan awam bagi membantu pihak berkuasa mendukung undang undang dan melindungi rakyat di negara ini daripada bahaya,” katanya.

Memetik contoh, Salleh berkata pada 2014, dianggarkan 78 peratus daripada permohonan MCMC untuk pengeluaran bahan kandungan telahpun dilaksanakan oleh penyedia media sosial, dengan pelaksanaan oleh FB merangkumi 81 peratus daripada permohonan MCMC.

“Perangkaan terkini setakat akhir Julai 2015 menunjukkan 49 peratus daripada permohonan MCMC mendapat tindakan sewajarnya, 33 peratus oleh YouTube dan 42 peratus oleh FB.

“Sungguhpun penyedia media sosial memberi kerjasama, kami meminta mereka supaya lebih sensitif dengan persekitaran di tempat kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: media sosialSalleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Pandang Serius Hantaran Berunsur Fitnah, PDRM Buka Siasatan

Kerajaan Johor Pandang Serius Hantaran Berunsur Fitnah, PDRM Buka Siasatan

30/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memandang serius satu hantaran media sosial yang didakwa mengandungi unsur hasutan, fitnah serta ajaran mengelirukan...

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham meluahkan perasaan mengenai kejatuhan perniagaannya yang turut memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd