Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Minyak Percuma Motosikal Diteruskan...

LABUAN - Penunggang motosikal berkuasa 150cc dan ke bawah di pulau bebas cukai...

Elvina Bergelar Datin Dalam...

TUAH rezeki masing-masing... Pendatang baharu dunia hiburan, Elvina Mohamad kini bergelar isteri kepada...

Zizan Dipuji Netizen Bantu...

KUALA LUMPUR - Pelawak dan pelakon Zizan Razak dipuji netizen kerana membantu seorang...

Pesawat American Airlines Dikosongkan,...

LONDON - Penumpang pesawat American Airlines terpaksa dikeluarkan menggunakan gelongsor kecemasan selepas asap...

Rumahtangga Berantakan Lagi, Yatt Hamzah Sah Bercerai

USAHA pelakon manis Yatt Hamzah dan suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor yang sebelum ini memilih jalan damai dalam rumahtangga mereka dengan bersama semula akhirnya menemui titik nokhtah.

Ikatan perkahwinan yang dibina pasangan ini sejak 29 Mac 2009 akhirnya terlerai juga apabila mereka membuat keputusan untuk bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah KL, secara tertutup.

Berita itu disahkan sendiri oleh bekas suami pelakon itu kepada BH Online.

“Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih,” katanya.

Tahun lalu, Yatt pernah menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur namun memutuskan untuk kembali bersama. Bagaimanapun, ternyata takdir menentukan segalanya.


Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib berusia lima tahun.

Moga Yatt Hamzh dan bekas suami tabah menghadapi perpisahan ini.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori