Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ejen Ali Dapat Respon...

KUALA LUMPUR - Filem Ejen Ali The Movie mendapat sambutan luar biasa sejak...

Turki Tidak Gentar Sekatan...

ISTANBUL - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, Turki tidak akan berganjak dari...

Peruntukan J-Kom Dipotong RM45...

KUALA LUMPUR - Peruntukan bagi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) di bawah seliaan Kementerian...

PKR Johor Pilih Pemimpin...

JOHOR BAHRU – Proses pemilihan PKR di Johor yang menyaksikan 38,684 anggota parti...

Restoran Amber Hidang Masakan China Selatan Harga Berpatutan!

KADANG kala tekak kita pun nak ubah selera, nak makan masakan yang sinonim dengan masyarakat Cina.

Namun rata-rata daripada kita agak was-was dengan status halal bagi sesetengah premis yang berkonsepkan makanan Cina ini.

Tapi anda tak perlu berasa gusar dengan status masakan yang didatangkan khas dari Selatan China bertempat di Restoran Amber Chinese Muslim yang kini dibuka di Nexus, Bangsar South, Kuala Lumpur.

Restoran berkonsepkan hidangan Cina Muslim ini diasaskan oleh Haji Ismail Nuh, yang mana di seluruh China sahaja Restoran Amber ini sudah mempunyai sebanyak 19 cawangan sejak outlet pertama dibuka pada 2009.

Haji Ismail Nuh, pemilik Restoran Cina Muslim Amber.

Menurut Ismail, operasi restoran pertama mereka adalah di Lanzhou, China dan kini beliau berhasrat untuk melebarkan perniagaannya di Malaysia pula.

“Di Malaysia, kami memulakan cawangan pertama dengan pelaburan sebanyak RM1.5 juta. Kami menyasar untuk membuka 15 lagi cawangan di negara ini bagi mengukuhkan jenama Restoran Cina Muslim Amber di Malaysia,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran restoran itu di Bangsar, semalam.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu sekumpulan pelajar tahfiz yang dijemput khas dari Ampang, selain majlis diserikan oleh pengacara majlis yang cantik manis, Heliza Helmi.

Yang menariknya mengenai restoran milik Ismail ini ialah kepelbagaian menu makanan bertaraf lima bintang yang ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan sekali!

Bermula dari harga serendah RM2 sehingga ke RM48, terdapat lebih daripada 40 menu makanan yang boleh didapati di sini yang dibahagikan kepada empat segmen iaitu hidangan sejuk sebagai pembuka selera, hidangan panas, pelbagai mi tarik dan masakan panggang.

Turut diadakan pada majlis pelancaran itu ialah demonstrasi pembuatan mee tarik oleh chef yang berasal dari China.

Rupanya bukan senang nak tarik mee kerana ianya memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun untuk menguasai kepakaran menarik mee tanpa langsung terputus sambungan tepungnya.

amber
Chef yang didatangkan khas dari China menunjukkan skil menarik Mee Tarik.
amber1
Tiga tahun diperlukan oleh chef ini untuk mahir teknik menarik Mee Tarik.

Membawa pengaruh gaya masakan dari wilayah Selatan China, kebanyakan hidangan menjadikan daging kambing dan lembu sebagai bahan asas serta penggunaan banyak cili. Turut diperkenalkan hidangan popular daerah Lanzhou, Gansu iaitu tempat asal perniagaan Amber yang mula menjadi tarikan masyarakat tempatan iaitu mee tarik atau La Mien.

Bagi mengekalkan rempah ratus dalam masakan di kedainya, Ismail menggunakan rempat ratus yang dibawa khas dari China bagi mengekalkan rasa tradisional, selain bahan masakan digunakan tidak terdapat di pasaran tempatan seperti lada liar Sichuan atau dikenali sebagai ketumbar Cina.


Dengan keluasan ruang yang boleh menempatkan sehingga 130 orang pada satu-satu masa, Restoran Amber pastinya menjadi pilihan buat anda yang sukakan ruang makan yang luas selain suasanan cozy dan santai untuk menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan.

Untuk anda yang inginkan suasana yang lebih private, terdapat beberapa buah bilik VIP disediakan untuk majlis persendirian.

room
Bilik VIP buat anda yang ingin mengadakan majlis persendirian.
dining
Ruang makan yang cukup luas sehingga boleh memuatkan seramai 130 orang dalam satu-satu masa.
dining1
Ruang yang cukup santai dan cozy untuk menjamu selera.

Antara menu yang wajib dicuba ketika berkunjung ke sini sudah pastilah signature dishnya iaitu Mee Tarik Daging Cincang yang didatangkan dalam bentuk set dengan sup panas, minyak cili serta hirisan daging menjadikan sajian ini terasa menyelerakan.

ismail1
Pelbagai sajian menarik yang ditawarkan Restoran Cina Muslim Amber yang dijangka bakal membuka satu lagi cawangan di Kuala Terengganu dalam masa terdekat ini.

Pelanggan boleh juga mencuba variasi mee tarik yang lain antaranya, Mee Tarik Daging Tomato, Mee Tarik Sayur Campur, Mee Tarik Goreng Daging Cincang dan Mee Tarik Ala Xinjiang.

Bagi yang kurang mengemari hidangan yang berasaskan mee, usah risau sebab ada banyak lagi menu menarik yang ditawarkan mereka antaranya hidangan ala carte masakan panas yang pastinya membuatkan anda dah tak sabar nak dig in!

Ikan Bakar, Tofu Sizzling, Telur Daging Pedas, Udang Goreng Pedas Bersama Kentang, Ayam Masak Pedas, Itik Perap Ala Shanghai dan Kebab Kambing antara menu yang anda wajib cuba ya!

tofu
Tofu Sizzling
udang
Udang Goreng Pedas Bersama Kentang
duck
Itik Perap Ala Shanghai
lamb
Kebab Kambing
ayam
Ayam Masak Pedas
fish
Ikan Siakap Goreng Bersama Minyak Cili

Kalau dah singgah ke sini, jangan lupa try minuman istimewa teh Cina yang diadun dengan ramuan khas lapan herba iaitu buah goji, kurma merah, bunga Chrysanthemum, buah mata kucing, teh hijau, bijan dan kacang walnut. Memang menyegarkan!

teh cina
Teh Cina

Jadi jangan lupa luangkan masa membawa ahli keluarga dan orang tersayang di Unit 1-124, Aras 1, Nexus, Bangsar South.

Bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut berhubung restoran ini, anda boleh melayari media sosial Facebook, Twitter dan Instagram mereka dengan mencari keyword Amber Chinese Muslim.

Selamat mencuba! – MYNEWSHUB.CC

ismail2
Selamat menjamu selera!

Oleh: JULIANA JOHAR
Foto: RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori