• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Mungkin Tanggung Kenaikan Tarif Air Selepas Penstrukturan Semula

oleh Ahmad Albab
17/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Rakyat Selangor berkemungkinan akan menanggung kenaikan tarif air pada masa akan datang setelah perjanjian utama penstrukturan industri air negeri itu dimuktamadkan termasuk pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata kenaikan tarif itu mungkin difikirkan untuk jangka masa panjang mengikut jangkaan kos pengambilalihan yang ditanggung oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

“Perjanjian yang akan dimuktamadkan pasti mempunyai kos proses penstrukturan dalam memastikan perkhidmatan air yang berkualiti, namun kerajaan negeri tidak akan bebankan rakyat.

“Dalam usaha mengurangkan 35 peratus kadar air tidak terhasil (NRW) ketika ini, pastinya ia memerlukan kos yang besar bagi menangani perkara tersebut,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Kajang) berkaitan industri air di Selangor.

Terdahulu, Mohamed Azmin menyatakan perjanjian utama penstrukturan semula industri air Selangor telah dimuktamadkan dengan kerajaan pusat pada 10 Julai lepas dan mempunyai tempoh 60 hari bagi pelaksanaan syarat-syarat utama di dalam perjanjian itu termasuk penyelesaian proses pengambilalihan syarikat konsesi.

Katanya, sehingga kini hanya Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) masih dalam proses rundingan pengambilalihan manakala proses bagi tiga lagi konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Konsortioum ABBAS Sdn Berhad (ABBAS) dan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) berjaya diselesaikan.

Dalam pada itu, Menteri Besar turut mengakui bahawa Selangor sedang berdepan dengan masalah bekalan air terawat berikutan kekurangan loji rawatan air untuk menampung keperluan rakyat dan industri di negeri itu.

“Masalah kita di Selangor bukan disebabkan oleh bekalan air mentah tetapi berpunca akibat kekurangan loji rawatan air dan keadaan itu menyebabkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 perlu disegerakan,” katanya.

Kepada soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) berhubung program pemberian air percuma, Mohamed Azmin berkata kerajaan negeri akan meneliti perkara itu berikutan terdapat segelintir pihak dilihat menyalahgunakan kemudahan tersebut.

“Kita kena teliti perkara itu kerana didakwa ada pihak yang menerima kemudahan itu menggunakannya untuk mencuci kereta, menyiram kebun bunga dan sebagainya namun kerajaan negeri tidak berhasrat untuk batalkan program itu setakat ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azmin Alibekalan airKerajaan Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd