• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pua Fail Semakan Kehakiman Cabar Perintah Larangan Ke Luar Negara

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee hari ini menfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar perintah Ketua Pengarah (KP) Imigresen yang melarangnya ke luar negara.

Pua, yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP menfailkan permohonan itu melalui Tetuan Gobind Singh Deo & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini, serta menamakan KP Imigresen dan kerajaan Malaysia sebagai repsonden.

Dalam permohonan itu, Pua selaku pemohon, menuntut deklarasi bahawa perintah KP Imigresen yang menghalangnya ke luar negara pada 22 Julai 2015, adalah bertentangan dengan undang-undang, oleh itu ia tidak sah dan batal.

Ketika itu, beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk ke Yogyakarta, Indonesia dan pasportnya akan tamat tempoh pada 23 April 2020.

Beliau juga memohon satu perintah certiorari untuk membatalkan perintah itu, ganti rugi khas, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pua mendakwa perintah dan keputusan itu adalah ultra vires kuasa responden-responden dan arbitrari kerana beliau tidak diberikan notis atau diberikan peluang berhubung perintah larangan itu.

Beliau juga mendakwa keputusan itu adalah tidak munasabah, tidak adil dan mala fide kepadanya.

Peguamnya Gobind Singh Deo memberitahu media bahawa Pua telah menghantar surat pada 24 Julai memohon penjelasan berhubung perintah itu kepada KP Imigresen tetapi tiada jawapan diberikan. – BERNAMA

Tags: mahkamahTony Pua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd