• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN Mula Pemotongan Gaji Penjawat Awam September

oleh Ahmad Albab
08/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Potongan gaji bagi penjawat awam yang mempunyai pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mula dilaksanakan penghujung September depan.

Ketua Eksekutif PTPTN Agos Cholan berkata, langkah itu akan dilakukan secara berperingkat melibatkan seramai 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran atau tidak konsisten menyelesaikan pinjaman PTPTN.

“Selaras dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal sebelum ini, PTPTN akan mula melakukan pemotongan gaji terhadap kakitangan awam terlibat pada hujung bulan depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Mesra PTPTN bersama pelanggan yang disempurnakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Lepar Datuk Mohd Shohaimi Jusoh di sini, hari ini.

Katanya, pertemuan diadakan dengan penjawat awam yang terlibat merundingkan pinjaman secara ansuran bulanan.

Mohamad Zabidi dalam kenyataan sebelum ini berkata kesemua 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran atau tidak konsisten menjelaskan pinjaman PTPTN, diwajibkan membuat bayaran melalui potongan gaji.

Untuk itu, seramai 480 warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk 136 pegawai kumpulan pengurusan dan profesional akan menjadi kumpulan pertama membuat potongan gaji bagi bayaran balik PTPTN September ini.

Dalam perkembangan lain, PTPTN turut menyasarkan simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) RM2 bilion menjelang 2020.

Agos berkata, setakat ini SSPN-i telah mempunyai 2.3 juta penyimpan dengan jumlah simpanan mencecah RM1 bilion. – BERNAMA

Tags: PTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd