• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prihatin Dengan Pengguna, SSM Lancar Peti ASK

oleh AK-47
30/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memperkenalkan satu lagi medium baharu untuk berhubung dengan pelanggan iaitu melalui kaedah peti ‘Anda Suara Kami’ atau singkatannya ASK.

Peti ASK merupakan inisiatif yang diambil untuk mendengar pandangan serta pertanyaan daripada para pelanggan SSM.

Kini selain mengemukakan maklum balas melalui platform sedia ada iaitu talian telefon, email atau di kaunter pertanyaan, pelanggan boleh berbuat demikian menerusi peti ASK yang disediakan di seluruh pejabat-pejabat negeri dan cawangan SSM di seluruh negara.

Perasmian peti ASK dilakukan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Dato’ Hamzah Zainudin di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah di Menara SSM@Sentral pada Khamis.

Menurut Hamzah, beliau berbangga serta mengucapkan tahniah atas pencapaian terkini pihak SSM dalam menyelaras syarikat yang ada serta berjaya mencapai indeks prestasi pekerja atau key performance indicator (KPI).

Dato' Hamzah Zainudin tegur syarikat yang ambil kesempatan untuk kepentingan tidak bersesuaian.
Dato’ Hamzah Zainudin tegur syarikat yang ambil kesempatan untuk kepentingan tidak bersesuaian.

Tambahnya dalam keadaan ekonomi yang ‘lemah’ ini, mana-mana syarikat persendirian yang didapati mengambil kesempatan mengumpul atau mengutip derma untuk kepentingan tidak bersesuaian akan dibatalkan pendaftarannya.

“Mana-mana syarikat yang mengumpul atau mengutip derma dan menggunakannya untuk tujuan yang tidak bersesuaian dengan keamanan, kebajikan, keselamatan negara atau ketenteraman awam akan berhadapan dengan risiko pembatalan pendaftaran mereka.

“Seksyen 218 Akta Syarikat 1965 membenarkan kita untuk membawa mereka ke mahkamah untuk kita bubarkan atau untuk kita ambil beberapa lagi pendekatan untuk tidak merosakkan keadaan dalam negara kita,” katanya.

Beliau turut memaklumkan cadangan untuk mewujudkan institusi universiti yang memfokuskan kepada kepentingan agensi yang berada di bawah KPDNKK.

Screen Shot 2015-08-27 at 4.14.36 PM

Screen Shot 2015-08-27 at 4.16.08 PM

Selain Hamzah turut hadir pada majlis perasmian hari ini adalah Timbalan Menteri KPDNKK, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah serta Ketua Setiausaha KPDNKK merangkap Pengerusi SSM, Dato’ Sri Alias Ahmad yang kemudiannya membuat lawatan di sekitar Menara SSM.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Z7diSDcaEKs&feature=youtu.be

Oleh: SYAFIK AKHIR
Foto/Video: RIZA RAZAK

Tags: SSM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

Prasarana Buat Laporan SPRM, SSM Projek Rugi Hampir RM500 Juta

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mencatatkan kerugian bernilai 417 juta riyal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd