• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Gempur 6 Sarang Penagih Dadah Di Pokok Sena, 81 Ditahan

oleh Ahmad Albab
24/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

POKOK SENA – Polis menahan 81 individu termasuk seorang remaja perempuan berumur 15 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah dalam operasi di sekitar Pokok Sena di sini.

Timbalan Komander Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata operasi bermula 4 petang semalam sehingga 12 tengah hari, hari ini menumpukan pada enam lokasi dikenal pasti sebagai sarang penagih dadah.

“Kebanyakan sarang yang diwujudkan ini masih baharu, dan kita nak musnahkan … mereka yang ditahan adalah daripada luar (daerah ini) dan penduduk kampung (daerah ini),” katanya kepada pemberita selepas operasi itu hari ini.

Beliau berkata dalam operasi itu, polis merampas pelbagai jenis dadah iaitu 9.66 gram heroin, 2.27 gram syabu, 1.30 gram ganja, 2,000 gram daun ketum dan dua liter air ketum.

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama-sama JSJN Kedah dan dibantu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah, katanya.

Abdul Jalil berkata kesemua yang ditahan terdiri 78 lelaki dan tiga wanita berumur antara 15 hingga 57 tahun itu dibawa ke IPK Kedah untuk menjalani ujian ujian air kencing.

Beliau meminta kerjasama penduduk kampung agar melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan mereka. – BERNAMA

Tags: kes dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd