• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pindaan Akta Kanak-Kanak Dibentang Pada Persidangan Parlimen

oleh Ahmad Albab
12/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pindaan akta kanak-kanak yang komprehensif bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001, sedang di peringkat akhir untuk disiapkan, sebelum dibawa ke persidangan Parlimen akan datang.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata akta baharu itu turut menyenaraikan beberapa fasal dan peruntukan mengenai penjagaan keselamatan kanak-kanak dan hukuman berat kepada pesalah yang melakukan penderaan termasuk penganiayaan terhadap kanak-kanak.

“Semua perkara berkaitan kebajikan kanak-kanak diambil kira secara holistik dan dimuatkan dalam akta baharu itu, termasuk permasalahan yang selama ini dihadapi oleh kanak-kanak dan keluarga,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Dhiya’ Aidilfitri di Wisma Wanita di sini, semalam.

Azizah berkata akta baharu itu juga mengambil kira pandangan daripada semua pihak termasuk badan bukan kerajaan, keluarga dan pihak berkaitan.

Beliau berkata kemudahan kaunseling kepada keluarga yang menghadapi masalah turut diberi perhatian di samping menambah baik perkhidmatan perlindungan kepada setiap kanak-kanak terlibat.

Sebelum ini, terdapat pihak yang berpendapat hukuman sedia ada mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, adalah tidak mencukupi.

Ini kerana hukuman dikenakan ke atas pendera dilihat tidak setimpal dengan perbuatan si pelaku yang meninggalkan kesan kekal kepada mangsa kanak kanak dari aspek fizikal, seksual dan emosi.

Mengenai masalah pembuangan janin, Azizah berkata jika janin berkenaan dikategorikan sebagai bayi, hukuman terhadap pesalah yang melakukan pembuangan janin itu juga tertakluk dalam akta baharu itu.

Dalam perkembangan lain, Azizah turut mengalu-alukan cadangan pemasangan kerusi khas bayi di dalam kenderaan.

“Sudah tiba masa, kanak-kanak diberi tempat duduk khas dan diwajibkan (memasang kerusi khas) bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: kanak-kanakParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd