Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Najib, Ab Rauf Tarik...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha...

Anggota UMNO Perlu Akur...

BANTING - Anggota UMNO di peringkat akar umbi diminta untuk akur dan bersatu...

VIDEO: Carta 20 Jenis...

TIDAK semua permainan untuk kanak-kanak itu sebenarnya memberi manfaat kepada mereka. Ini kerana...

Mahkamah Agung India Batal...

NEW DELHI – Mahkamah Agung India membatalkan larangan era-kolonial terhadap seks gay semalam...

`Personal Loan’ Khas Bank Rakyat Untuk Pekerja Kilang

KUALA LUMPUR – Berita menarik buat pekerja-pekerja kilang!

Bank Rakyat hari ini mengumumkan tawaran pembiayaan peribadi bagi pekerja sektor perkilangan yang berpendapatan bulanan minimum RM1,000.

“Jumlah pembiayaan sehingga RM5,000 dan tempoh pembiayaan sehingga lima tahun dengan kadar keuntungan yang kompetitif,” kata Bank Rakyat dalam satu kenyataan hari ini.

Bank Rakyat memaklumkan mereka yang layak memohon perlu berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan.

Kata Bank Rakyat, pemohon pembiayaan peribadi itu tidak perlu mengemukakan penjamin.


Jelas Bank Rakyat, variasi bayaran balik sama ada melalui potongan gaji majikan, biro perkhidmatan angkasa, pindahan gaji atau tunai.

“Pekerja sektor perkilangan yang berminat, boleh memohon Pembiayaan Peribadi Swasta di 15 cawangan Bank Rakyat terpilih seluruh negara atau hubungi pusat panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454,” kata Bank Rakyat. – mynewshub.cc

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori