• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perairan Malaysia Tetap Selamat – Johari Baharom

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Masyarkat perkapalan antarabangsa diminta agar tidak bimbang dengan ancaman lanun atau perompak semasa melalui perairan Malaysia kerana tahap keselamatannya sentiasa terjamin.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata aset keselamatan negara sentiasa diletak dalam keadaan siap siaga di samping Malaysia mendapat kerjasama erat daripada negara jiran pesisir perairan seperti Indonesia, Singapura dan Vietnam.

Beliau berkata dengan kerjasama erat itu sebarang kejadian rompakan ke atas kapal dapat diselesai dengan berkesan.

“Walaupun Malaysia mempunyai perairan yang luas dan aset keselamatannya tidak sebanyak seperti China dan Amerika Syarikat, namun negara dapat menjaga keselamatan perairan dengan kerjasama erat yang diberikan negara-negara serantau,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Pahlawan ke-55 dan pelancaran Kempen Tabung Pahlawan peringkat negeri di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kejadian rompakan kapal yang terbaharu yang melibatkan sebuah kapal tangki MT Joaquim yang membawa muatan 3,500 metrik tan minyak mentah bernilai kira-kira RM2.8 juta.

Ia dilaporkan hilang pada malam Sabtu ketika dalam pelayaran ke Langkawi dari Tanjung Pinang, Indonesia dan ditemui hari ini.

Kejadian dua bulan sebelum ini turut melibatkan kehilangan sebuah kapal tangki iaitu MT Orkim Harmony yang membawa petrol bernilai RM21 juta yang kemudian ditemui semula. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd