• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyusutan Nilai Ringgit Tarik Lebih Ramai Pelajar Asing Ke Malaysia

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penyusutan nilai Ringgit akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi menarik untuk pelajar asing melanjutkan pengajian mereka, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata penyusutan nilai Ringgit berbanding dolar Amerika ketika ini tidak harus dilihat dari sudut negatif sahaja.

“Apabila Ringgit jatuh, ia menjadikan kos belajar di Malaysia lebih murah.

“Orang luar akan berminat datang belajar di Malaysia bukan sahaja kerana kos (pengajian) yang murah tetapi bidang yang ditawarkan berkualiti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pengajian Tinggi 2015 (HEMW) di sini, hari ini.

Ditanya mengenai nasib pelajar Malaysia di luar negara, Idris berkata kerajaan akan memastikan mereka tidak terbeban dengan penyusutan nilai Ringgit.

Selasa lepas, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kejatuhan nilai Ringgit adalah baik untuk industri pelancongan negara.

Nilai Ringgit semasa mendorong pelancong asing membelanjakan lebih banyak wang di Malaysia selain rakyat tempatan juga memilih melancong dalam negara sahaja, katanya.

Mengenai HEWM 2015 yang julung kali dianjurkan kementerian, Idris berkata ia merupakan platform untuk orang ramai mengetahui tentang pengajian tinggi di Malaysia selain memperkenalkan masyarakat kepada inovasi dan produk keluaran Institut Pendidikan Tinggi dalam negara.

HEWM 2015, yang diadakan di ruang parkir Kementerian Pendidikan Tinggi di Presint 5 di sini, berlangsung selama empat hari mulai hari ini.

Sebanyak 120 pempamer termasuk universiti-universiti awam dan swasta menyertai HEWM. – BERNAMA

 

Tags: mata wangpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd