Medan – Sindiket pengedaran dadah di Aceh kini menggunakan perkhidmatan udara untuk menyeludup bahan terlarang selepas tindakan mereka menggunakan jalan darat gagal beberapa kali.
Kelmarin, polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu merampas 158 kilogram dadah jenis ganja.
Dadah itu dipercayai cuba diseludup ke Jakarta menggunakan perkhidmatan kargo pesawat Lion Air.
“Cubaan menyeludup dadah ini terbongkar selepas pegawai kami membuat pemeriksaan terhadap kargo yang dimuatkan ke dalam pesawat itu,†kata ketua keselamatan lapangan terbang Kuala Namu, Kuswadi.
Menurutnya, dadah itu dibungkus dalam empat karung bersama kek dan dihantar oleh sebuah syarikat logistik.
Tambahnya, pihaknya kemudian memberitahu polis mengenai penemuan itu sebelum dadah berkenaan dirampas.
“Kami juga menyerahkan kepada polis identiti dan alamat individu yang mengirimkan dadah berkenaan,†jelasnya.
Menurutnya, kes itu kini disiasat polis untuk tindakan lanjut. – Agensi/myMetro Online

