• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peneroka Felda Perlu Beri Sokongan Kepada PM

oleh Ahmad Albab
30/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Warga peneroka di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara perlu memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya menjadikan Felda sebagai satu entiti dikagumi di seluruh dunia.

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad berkata warga peneroka seharusnya bersyukur kerana atas usaha kerajaan selama ini mereka telah menikmati manfaatnya.

“Oleh itu kita kena bagi sokongan kepada Perdana Menteri, biar dia buat kerja, orang Felda kalau tak kenang budi, itu bukan orang Felda namanya, banyak sangat jasa beliau,” katanya ketika berucap di majlis sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Kebangsaan 2015 yang dirasmikan Perdana Menteri di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya ada cubaan pihak tidak bertanggungjawab mempengaruhi rakyat Malaysia termasuk warga peneroka Felda untuk menumbangkan kerajaan dengan mengheret mereka menyertai demonstrasi jalanan.

Isa berkata kejatuhan nilai mata wang ringgit yang berlaku ketika ini adalah perkara biasa yang turut berlaku di beberapa negara lain, namun sudah menjadi budaya di kalangan rakyat negara ini mempolitikkan perkara itu sekali gus membina persepsi negatif terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

“Ini tidak betul kerana walaupun negara kita sedang berdepan dengan masalah, namun kejatuhan nilai mata wang itu turut berlaku di negara lain seperti Australia, New Zealand dan Indonesia, katanya.

Turut hadir di majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Pengarah Besar Felda Datuk Hanapi Suhada, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Berhad Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah dan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Samsudin Othman. – BERNAMA

Tags: Felda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd