• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin PAS Selangor Diarah Tutup Mulut Isu Semasa

oleh Ahmad Albab
20/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS Selangor mengarahkan pimpinan parti itu di Selangor supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan menerusi media berkaitan isu-isu politik semasa berkuat kuasa serta merta.

Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, perkara tersebut diputuskan secara mengejut oleh Pre Council Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor pada Rabu.

“PAS Selangor melarang pimpinannya membuat sebarang kenyataan akhbar kecuali yang berkaitan jawatan kerajaan yang mereka pegang atau yang melibatkan kawasan masing-masing.

“Hanya Pesuruhjaya, Setiausaha dan Ketua Penerangan dibenarkan membuat sebarang kenyataan akhbar atau ulasan yang melibatkan isu-isu politik semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Iskandar berkata, seramai 12 ADUN PAS Selangor hadir pada pertemuan tersebut kecuali ADUN Sabak, Sallehin Mukhyi kerana secara kebetulan mempunyai urusan lain ketika itu.

Mereka yang hadir adalah Datuk Iskandar Abdul Samad (Chempaka), Datuk Dr. Ahmad Yunus Khairi (Sijangkang), Zaidi Talib (Taman Templer), Shafie Ngah (Bangi), Mohd. Khairuddin Othman (Paya Jaras), Ir. Haslin Hasan (Tanjung Sepat), Razali Hasan (Dusun Tua), Khasim Abdul Aziz (Lembah Jaya), Dr. Halimah Ali (Selat Kelang), Dr. Abdul Rani Osman (Meru), Hasbullah Ridzwan (Gombak Setia) dan Norhanim Ismail (Seri Serdang). – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kerajaan SelangorPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd