• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembayaran Elektronik Sepenuhnya Di 5 Plaza Tol Bermula 9 Sept

oleh Ahmad Albab
11/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembayaran tol di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Jitra, Bukit Kayu Hitam (Lebuhraya Utara Selatan), Lunas dan Kubang Semang (Lebuhraya Butterworth-Kulim) akan dilakukan secara elektronik menggunakan kad Touch ‘n Go dan PLUSmiles serta SmartTAG bermula 9 Sept ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Mohammad Fuad Khusairi berkata pengguna yang membayar secara tunai di lima plaza tol itu perlu berhijrah kepada sistem kutipan tol elektronik secepat mungkin.

“Untuk memudahkan pembelian dan pengisian semula kad PLUSMiles dan Touch ‘n Go, pengguna lebuh raya boleh membeli kad PLUSMiles dan Touch ‘n Go dengan nilai sedia ada sebanyak RM5 (kad adalah percuma) di plaza tol berkenaan mulai sekarang hingga 31 Disember 2015, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Pengguna lebuh raya boleh juga membeli peranti SmartTAG pada harga promosi RM96 (termasuk cukai barang dan perkhidmatan enam peratus)di kesemua lima plaza tol itu sehingga 30 Sept ini (selagi stok masih ada).

Mohammad Fuad berkata pengguna Kelas 1 yang membayar secara elektronik di plaza tol Jitra, Bukit Kayu Hitam, Lunas dan Kubang Semang juga akan menikmati 20 peratus rebet tol mulai 1 Sept hingga 31 Dis tahun ini.

Pengguna Jambatan Pulau Pinang yang menikmati diskaun 20 peratus sekarang ini tidak layak mendapat rebet tol 20 peratus itu.

Inisiatif pembayaran tol elektronik sepenuhnya itu berjaya dilaksanakan di Bangunan Sultan Iskandar (2008), Lebuhraya Linkedua (berperingkat sejak 2009), Plaza Tol Kempas (2014), Batu Tiga dan Sungai Rasau (Nov 2014) serta Mambau dan Lukut di Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Jun lepas. – BERNAMA

 

Tags: PLUSTol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd