• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Sah ‘Hijack’ Acara Bersih 4.0

oleh
29/08/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAMA berbulan-bulan, satu Malaysia malah satu dunia dikhabarkan perhimpunan haram Bersih 4.0 menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2015 adalah bebas, berkecuali dan tiada penglibatan mana-mana parti politik tertentu.

Pengerusinya, Maria Chin bahkan mendakwa, di sebalik organisasi itu masih tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (bahasa kasar: Bersih ialah pertubuhan haram!), ia tiada unsur-unsur pro kepada parti siasah.

Sebaliknya Bersih didakwa merupakan kononnya sebuah badan bukan kerajaan yang hanya menuntut proses perjalanan pilihan raya dilaksanakan penuh adil serta telus tanpa dicemari elemen penipuan dan sebagainya.

Itu katanya tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya! Pendek kata rakyat Malaysia malah dunia habis ditipu ‘hidup-hidup’ apabila realitinya Bersih 4.0 memang dibawa oleh pembangkang secara terang-terangan lagi.

Bukan rahsia, beberapa hari lalu beberapa tokoh DAP mengadakan sidang akhbar mengenai Bersih 4.0 bahkan siap mengedarkan lagi risalah untuk menyeru orang ramai hadir ‘memeriahkan’ perhimpunan jalanan tersebut.

Perkara itu turut disentuh ramai netizen media sosial selain para peserta Bersih 4.0 mempertikaikan kehadiran ramai pemimpin pembangkang, sekali gus mendakwa telah ‘hijack’ atau merampas acara himpunan berkenaan.

Antara yang dilihat muncul dengan bangganya di sekitar kawasan tumpuan ramai peserta Bersih 4.0 ialah Ketua Pembangkang di Parlimen, Wan Azizah Wan Ismail bersama anaknya, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Turut kelihatan amat menonjol sekali ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli selain beberapa lagi pemimpin terkenal parti itu masih sempat selfie wefie.

Tidak ketinggalan walaupun ‘takut’ memakai baju T tertera perkataan Bersih 4.0; mungkin bimbang ditangkap pihak polis, ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Juga bekas pemimpin Pas yang kini sibuk menubuhkan parti baharu antaranya Mohamad Sabu, Sallehuddin Ayub, Abdul Khalid Samad selain tokoh-tokoh Gerakan Harapan Baru bagi ambil alih Pas dalam pakatan pembangkang.

Jelaslah, mereka belum lagi dapat memerintah Malaysia tetapi sudah ‘kantoi’ berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mendalangi Bersih 4.0 secara terbuka; dan bukannya rahsia atau bermain sembunyi di belakang tabir.

Adakah ini yang rakyat mahukan jika menuntut proses demokrasi berlangsung bersih, walhal Bersih 4.0 itu sendiri pun sudah kotor kena ‘hijack’ dan disiarkan media sosial penuh bangga oleh pembangkang. – Mynewshub.cc/HAA

# Rakaman ucapan pemimpin pembangkang pada Bersih 4.0 membuktikan perhimpunan itu memang jelas didalangi parti pembangkang.

Tags: Bersih 4.0DAPPKR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Gempar! Tun M Hadiri Himpunan Bersih 4.0?

Next Post

Silat Cekak Pusaka Hanafi Cipta Guiness World Records

Related Posts

Cabang Hulu Selangor Tawar Enam Calon

Cabang Hulu Selangor Tawar Enam Calon

16/05/2025
0

KITA CABANG HULU SELANGOR DENGAN RENDAH DIRI MENAWARKAN 6 ORANG CALON BERWIBAWA UNTUK PEMILIHAN KEADILAN 2025–2028 CALON PIMPINAN PUSAT Dr....

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Next Post

Silat Cekak Pusaka Hanafi Cipta Guiness World Records

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd