• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Silat Cekak Pusaka Hanafi Cipta Guiness World Records

oleh Ahmad Albab
01/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pencak silat Malaysia melakar nama di persada dunia apabila Silat Cekak Pusaka Hanafi mencipta rekod dalam Guinness World Records semalam, dengan rekod penyertaan paling ramai.

Rekod ‘Largest Silat Lesson’ dengan penyertaan sebanyak 12,393 pesilat dari seluruh Malaysia yang diadakan di Stadium Merdeka, telah melakar sejarah sekali gus memartabatkan seni pencak silat negara.

Pewaris Mutlak Silat Cekak Pusaka Hanafi, Dr Md Radzi Hanafi berkata perancangan yang mengambil masa enam tahun bagi persatuan itu untuk menempah nama dalam Guinness World Record, akhirnya membuahkan hasil.

Beliau berkata biarpun pelbagai cabaran perlu ditempuh dalam merancang acara itu agar ia berlangsung dengan jayanya, ia tidak pernah melemahkan semangat beliau untuk merealisasikannya.

“Kami amat berbangga dengan pencapaian hari ini kerana ia menunjukkan bahawa silat masih lagi relevan dalam kehidupan moden.

“Kalau kita lihat, rata-rata pesilat yang turut menjayakan acara semalam adalah golongan remaja dan belia,” katanya kepada Bernama.

Dalam usaha mencipta rekod baharu itu, Md Radzi berkata Guinness World Records telah menetapkan pelbagai syarat ketat dan perlu dipatuhi.

Antaranya segala pergerakan harus dilakukan dengan serentak dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 minit dengan alunan muzik tradisional yang perlu dimainkan secara langsung.

Kejayaan rekod baharu itu turut disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata kejayaan itu merupakan simbol keagungan bangsa Melayu dan lambang kekuatan negara.

“Kejayaan ini bukan hanya kejayaan persatuan tetapi kejayaan memartabatkan seni silat, kejayaan untuk bangsa Melayu dan kejayaan buat negara,” katanya.

Sementara itu, wakil rasmi Guinness World Records, Fortune Burke ketika ditemui Bernama berkata pencapaian yang diraih hari ini, harus dibanggakan kerana bukan mudah bagi mana-mana pihak memahat nama dalam rekod dunia.

“Sebenarnya amat sukar mencipta rekod dalam Guinness World Records, dengan penyertaan yang ramai, malah kami perlu ada syarikat audit profesional bagi mengesahkan jumlah ini, itu menunjukkan betapa ketatnya (syarat) kami,” katanya.

Selain menyasarkan untuk mencipta rekod dunia, kejayaan itu juga adalah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2015, dan juga sambutan 50 tahun seni silat cekak di negara ini. – BERNAMA

Tags: silat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

23/11/2025
0

KLUANG – Tiada sebarang unsur pemujaan atau ritual bercanggah syarak di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, di sini, susulan...

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

19/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf enam elemen warisan tidak ketara (WTK) dari Malaysia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd