• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Teksi Didakwa Tunjuk Kemaluan Pada Pelajar Sekolah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menunjukkan kemaluannya kepada dua pelajar sekolah, hujung bulan lepas.

Shatul Hameed Batusha Abdul Kader, 37, didakwa menunjukkan kemaluan kepada dua pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun di hadapan sebuah sekolah di Jalan Foss, di sini kira-kira pukul 3.50 petang, 30 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa menawarkan jaminan RM8,000, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan dengan alasan dia berpendapatan rendah dan perlu menyara dua anak.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan antaranya tertuduh dilarang mendekati atau menganggu mangsa dan saksi.

Tertuduh juga dilarang membuat sebarang kenyataan umum berkaitan kes itu di media sosial dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Dang Wangi setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 9 Sept untuk sebutan semula kes.- BERNAMA

 

Tags: pelajarpemandu teksi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

Fadhli Shaari Ingatkan Pemandu Teksi RM1,000 Bukan Duit DAP, PH

Fadhli Shaari Ingatkan Pemandu Teksi RM1,000 Bukan Duit DAP, PH

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan bahawa bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi bukan wang milik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd