Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Masalah Bermadu, Sharifah Khasif...

JOHAN qariah tilawah al-Quran 2009, Sharifah Khasif Syed Badiuzzaman, 34, mengambil keputusan berpisah...

Tweet ‘Demo Besar Jika...

BERIKUTAN tersebarnya pesanan di laman mikro Twitter yang meramalkan satu demonstrasi besar-besaran akan...

Kelab GMM Diperluas Ke...

PUTRAJAYA – Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) akan memperluaskan Kelab GMM di institusi...

150 Premis 7-Eleven Di...

TAIPING - Sebanyak 150 kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven sekitar Perak akan dilengkapi...

Pasukan Penyiasat Malaysia Ke Maldives Siasat Serpihan Pesawat

KUALA LUMPUR – Pasukan penyiasat Malaysia akan berlepas ke Maldives malam ini untuk melakukan pengesahan awal terhadap beberapa objek dipercayai serpihan pesawat, sama ada ia milik Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang tahun lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata pasukan penyiasat itu akan diketuai Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Katanya objek-objek itu akan dibawa pulang ke Malaysia untuk dianalisis.

“Kami (Malaysia) ada persafahamaan dengan pihak berkuasa di sana (Maldives)…serpihan-serpihan yang dijumpai hampir sebulan lepas itu kita jangkakan sebagai sebahagian daripada pesawat.

“Ia masih perlu dibuat analisis lagi dan akan dibawa balik ke Malaysia untuk pengesahan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya dan Sambutan 130 Tahun Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad di sini, Selasa.

Turut hadir Presiden KTM Berhad Leftenan Kolonel Sarbini Tijan.


Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang pada 8 Mac 2014.

Pada 6 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370 yang hilang lebih 17 bulan lepas. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori