• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Pelawa Abdul Khalid Sertai Parti!

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mempelawa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang difitnah dan digulingkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai parti itu.

Ketua Pemuda Pemuda PAS Kedah, Mohd. Azam Abd. Samat berkata, walaupun disingkirkan oleh PKR, Abdul Khalid telah menunjukkan teladan dan pencapaian yang terpuji semasa mengetuai pentadbiran kerajaan Selangor.

“Adalah wajar dengan pengalaman, kesungguhan serta rekod tersebut dilestarikan demi kepentingan rakyat dan negara yang sememangnya memerlukan ahli dan tokoh politik seperti beliau.

“Karier politiknya tidak harus berakhir begitu sahaja apabila tamatnya penggal pilihan raya kali ini, setelah beliau terdahulu meninggalkan dunia korporatnya demi menghambakan diri dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Azam berkata, Pemuda PAS Kedah beranggapan PAS adalah sebuah parti politik yang sesuai, selari dan terbaik untuk disertai Abdul Khalid yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas.

“Saya menyeru beliau untuk tidak bertangguh lagi dan khususnya Pemuda PAS Negeri Kedah bersedia memberikan slot khas menerima penyertaan beliau pada Himpunan Anak Muda pada 22 Ogos ini di Kompleks PAS Kedah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Khalid IbrahimPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd