• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Komponen BN Digesa Selesai Masalah Dalaman

oleh Ahmad Albab
30/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT – Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan masalah dalaman masing-masing bagi memperkasa gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata langkah itu perlu dilakukan bagi memastikan BN menang besar pada PRU akan datang.

“Pilihan raya tidak jauh dari sekarang, tidak lebih dua tahun lima bulan, pejam celik kita akan hadapi pilihan raya.

“Jadi saya minta MB (Menteri Besar) dan pengerusi BN di negeri-negeri dan pengerusi BN di kawasan Parlimen termasuk Sungai Siput, jangan hanya balik kawasan ketika pilihan raya, baliklah jenguk anak buah yang akan menjadi jentera dalam menentukan kemenangan BN, jangan jadi pemimpin bermusim,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Siput hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput Datuk Zolkafly Harun yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Lintang.

Ahmad Zahid turut mengingatkan parti-parti komponen yang calon mereka tidak bertanding di sesuatu kawasan, wajib membantu calon BN bagi memastikan kemenangan berpihak kepada gabungan itu.

“Bagi memastikan kemenangan BN, parti-parti komponen wajib menggerakkan jentera sebab ini merupakan kerjasama dan kolaborasi yang harus diterjemahkan oleh semua,” katanya.

Beliau berkata jika dahulu, parti akan memilih ‘winnable candidate’ (calon boleh menang) untuk diletak di sesuatu kawasan, kini parti perlu memilih ‘likable candidate’ (calon disenangi) yang boleh berkhidmat kepada masyarakat setempat.

Ahmad Zahid juga berjanji akan memenuhi semua permintaan untuk melaksanakan projek di Sungai Siput sekiranya BN merampas kembali kerusi Parlimen di kawasan itu. – BERNAMA

Tags: BNZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas ‘Bangsa Johor’, Giliran ‘Waghih Nismilan’ Galas Misi Besar

Selepas ‘Bangsa Johor’, Giliran ‘Waghih Nismilan’ Galas Misi Besar

18/07/2026
0

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan menjadi pentas yang lebih mencabar dalam mengukur denyut nadi serta persepsi rakyat terhadap...

Kenyataan Saw Yee Fung Jelas Tidak Mewakili Pemuda MCA

Kenyataan Saw Yee Fung Jelas Tidak Mewakili Pemuda MCA

18/07/2026
0

SEREMBAN - Kenyataan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung mengkritik kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd