Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Melaka Perketat Prosedur Agihan...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka akan memperketat prosedur pengagihan baja percuma kepada petani...

Polis Siasat Semula Kes...

KUALA LUMPUR - Siasatan semula akan dilakukan Polis terhadap kes membabitkan bekas Ketua...

Pekerja McDonald `Permainkan’ Gelandangan...

Tindakan seorang pekerja McDonald di Detroit yang memalukan seorang gelandangan dengan mengumpan lelaki...

MH370: Lagi Serpihan Ditemui,...

OBJEK dipercayai bahagian daripada tingkap pesawat ditemui lagi di Pulau Reunion, lapor sumber berita Sky.Walaupun...

Padah ‘Love Bite’ Didenda RM800

KOTA BHARU – Padah buat seorang pemuda yang bertindak peluk, cium serta meninggalkan gigitan cinta pada seorang remaja berusia 15 tahun, dia dihukum denda RM800 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam.

Denda diputuskan Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin terhadap Ahmed Ezainie Shafizie Sazali, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Tertuduh didakwa pada tuduhan pindaan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa tersebut di alamat Jalan Pasir Hor, di sini, pada jam 1 pagi, 5 Disember tahun lalu.

Sebelum kejadian itu, mangsa dijemput tertuduh dengan menaiki motosikal dan dibawa ke rumah tertuduh. Pada masa mangsa berada di dalam bilik tertuduh, tertuduh memeluk, mencium pipi dan membuat gigitan cinta pada leher mangsa.

Tertuduh menceritakan hal itu kepada ibunya dan pengadu kemudian membuat laporan polis.


Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam, Wan Mohd Ikram Wan Ibrahim memohon mahkamah mengenakan hukuman denda ringan berikutan tertuduh sudah mengaku salah tanpa sebarang paksaan.

“Tertuduh tidak bekerja dan masih ditanggung bapanya. Tertuduh juga faham sebab dan akibat daripada pengakuan salah yang dibuat. Ini juga kesalahan pertama dan dia insaf serta menyesali perbuatan itu,” katanya.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan, sekiranya denda itu gagal dijelaskan. – Sinar Harian Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori